Johor Bahru, Johor | Daily 10AM-12AM
The scoops wonder
ABOUT
OUR PLACE
We just love ice cream!
ASSALAMMUALAIKUM
Salam Sejahtera
The SccopS Wonder - kami bermula di johor bahru, kami bersedia menerima tempahan bagi memeriahkan lagi majlis yang di adakan, Ice Cream kami adalah jenama kami sendiri. kami membina bisnes ini atas usaha dan kerjasama dari keluarga.
kami ingin menjadi jenama atau pembekal ice cream yang terkenal di Malaysia dan Dunia pada satu hari nanti.
ini semua dari atas sokongan anda semua.

aSaL UsUl IcE cReAm
jadikan ice cream kegemaran anda
Ais Krim Bermula Di China
Sejarah kewujudan aiskrim juga dikatakan bermula di China. Ini kerana sekitar 200 sebelum Masihi campuran susu beku dan nasi telah di gunakan di China. Merujuk kepada Maguelonne Toussaint-Samat di dalam bukunya yang bertajuk “History Of Food”, rakyat China seharusnya diberi penghargaan kerana telah mencipta alat atau kaedah untuk membuat aiskrim.
Dimana rakyat China telah meletakkan campuran salji dan garam menutupi bekas yang di isi dengan sirap. Ini kerana garam berfungsi untuk meningkatkan takat didih air dan juga boleh merendahkan takat beku dibawah kosong.
Pada zaman dinasti Song (960-1279) dibawah pemerintahan Maharaja Ying Zong, satu sajak yang mengisahkan berkenaan aiskrim telah dicipta oleh Yang Wanli. Pada zaman Dinasti Yuan, Kublai Khan menikmati aiskrim dengan tenangnya dimana resipi dan cara pembuatan aiskrim adalah kekal sebagai rahsia diraja sehinggalah Marco Polo datang membuat lawatan sambil belajar ke negara China.
Marco Polo telah telah mempelajari dan mengambil teknik pembuatan aiskrim dan membawanya pulang ke Italy, negara Eropah dan Amerika.